Tegas atau Penyanyang?

27 03 2008

Anda bagaimana? Jawapannya… kita harus tegas dalam bab-bab berkaitan perlu menunaikan kewajipan solat, kewajipan puasa, kewajipan thoharah (membersihkan diri daripada najis) pada anak-anak.

Jangan sesekali kita bersikap penyanyang-yang terlalu lembut, hingga kasihan apabila melihat anak masih tidur lalu tidak dikejutkan untuk solat. Sebaliknya apabila anak lapar, kita pantas menyediakan makanan.

Kasih sayang kita adalah ketika mereka selesai menunaikan atau melakukan perkara-perkara kebaikan. Mereka tentu akan lebih memahami bahawa kebaikan itu-membawa kasih sayang. Kasih sayang-daripada emak/ayah dan kasih sayang-daripada Allah.

Fikirkanlah…

lihat dan dengar lagu nasyid menarik di VodPod Intan Payung; Kanan bawah laman ini!

wassalam

azlan al-hawa 





Makanan Yang Selamat?

27 03 2008